Pengenalan
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Program ini telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia bermula pada tahun 1988.
------------------------------------
------------------------------------
PrinsipPerkhidmatan
- Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
- Perkhidmatan PRS hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.
------------------------------------
Falsafah
"BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN"
------------------------------------
Visi
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.
------------------------------------
Misi
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.
------------------------------------
Matlamat
- Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan pelajar.
- Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
- Memmupuk potensi / bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
- Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salah laku dalam kalangan pelajar.
Etika PRS
- Amanah dan menyimpan rahsia.
- Tahu batasan dan keupayaan diri.
- Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
- Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.
- Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
- Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
- Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri.
Peranan PRS
- Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
- Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
- Salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
- Penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling.
- Peninjau rasa untuk membolehkan Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan stategi intervensi jika perlu.
- Role model kepada pelajar lain.
- Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.
- Menerima rakan secara terbuka tanpa syarat.
- Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
- Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
- Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
- Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa / normal.
- Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkannya mencari jalan penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
- Manjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
- Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.